Thursday, October 29, 2009

Happy 1 Month Birthday Iman

How fast time flies!! It has been the most amazing month mama and papa had with you Iman.You filled our life with joy eventhough you do nothing but just stare and blink at us and sometimes flash a smile that really melt our heart. Mama and papa looking forward for more joyful moments with you, my dear. Love you so much. Muah muah.


Tuesday, October 27, 2009

Muhammad Syahmi Iman..My Bundle of Joy

Ramai yang datang tgk baby iman cakap baby iman besar macam baby dah lepas pantang. Hehehe..Semangat anak mama nie..yang penting anak mama membesar dengan sihat. Kehadiran Iman menyerikan lagi kehidupan mama and papa. Mama and papa sayang sangat2 kat Iman.Mama & papa sentiasa berdoa semoga Iman menjadi insan yang mulia, berani, bijak serta beriman.





Amalan Ketika Berpantang

Sudah masuk hari ke-28 berpantang. Semalam dah start berurut dan continue lagi harini dah esok. Baru rasa ringan badan ni selepas berurut. Sakit belakang pun dah kurang.

Harini order bengkung moden yang sesuai untuk wanita yang bersalin secara ceasarian, termasuk gel sireh slim dan tungku moden. Barang2 ni  purchase through online jer daripada website http://www.bengkungmoden.com/ dan akan dihantar melalui poslaju.

Rasanya esok boleh sampai sebab orang yang jual nie kat Shah Alam jer. Sebelum ni hanya pakai bengkung Avon yang paksu bagi, tp rasa tak berapa selesa sangat sebab bengkug ni keras and pendek, bila duduk tu risau terkena kat kawasan jahitan tu.

Lepas baca testimonial dari orang ramai yang menggunakan bengkung moden nie, barula rasa konfiden nak beli, lagipun memang tgh cari bengkung yang sesuai, kalau boleh taknak pakai yang ikat2 tu sebab nampak rumit dan menyusahkan jer. Bengkung moden ni ada 2 saiz,  4 panel (labuh sampai ke punggung) dan 3 panel (pendek skit, atas punggung). Better amik yang 4 panel sebab kalau nak pendekkan jadi 3 panel hanya lipat jer bahagian atas. Hopefully lepas pakai bengkung nie,dan disapu pulak dengan gel sireh slim dapatla kurangkan lemak2 dan selulit yang ada ni, so I can get back to my original shape before wedding akak december nanti. Cuba bayangkan saiz pinggang dulu 25-26 inci, lepas beranak ni dah jadi 28 inci. Harga bagi set nie RM238 (Bengkung  4 panel size S + Gel sireh slim).





Tungku moden ini pula hanya pakai elektrik untuk dipanaskan, memang mudahkan jika nak dibandingkan dengan tungku traditional yang kena dipanaskan atas dapur. Yang menariknya tungku ni ada banyak corak dan harganya hanya RM85 selepas diskaun. Harga asal tungku ni RM120. Memang berbaloikan.




Disamping tu amalan memakan jamu set bersalin Nyonya Mener, Healin Gamat dan minum Pati Ikan Haruan Polleney turut dipraktikkan. Hopefully dengan mengamalkan pantang secara teratur badan ni akan kembali slim, cergas dan bertenaga semula seperti anak dara.

Saturday, October 24, 2009

Selamat Menunaikan Haji Mak, Ayah & Faris

Mak, Ayah & Faris telah selamat berangkat ke Mekah pada hari Khamis, 23hb Oktober pada pukul 1.30 pagi waktu Malaysia. Sehari sebelum mereka berangkat, mama, papa and iman balik bermalam di rumah Cheras, sebab nenek, tok and paksu iman rindu sangat nak jumpe iman. Rombongan menghantar berangkat ke Tabung Haji selepas solat Asar iaitu sekitar 5 petang. Sedey sebab mama and iman x dapat nak turut sama hantar mak, ayah and faris sampai ke tabung haji sebab masih dalam pantang.

Mak, ayah & faris bertolak pada pukul 1.30 pagi dah sampai di Madinah pada pukul 9.30 pagi waktu Malaysia. Dapat msg dari mak pukul 11.30 pagi, inform yang mereka sudah selamat sampai dan baru lepas checkin hotel. Faris msg kat papa bagitau yang dia and ayah semayang jumaat kat Masjid Nabawi. Mak semayang kat bilik jer sebab kurang sihat. Bertambah2 rindu nenek, tok and paksu faris kat iman sebab nama hotel yang mereka menginap tu 'IMAN' and nama pintu masjid pun 'IMAN'. Hehehe..kebetulankan. Malam semalam papa call nenek iman, alhamdulillah diaorg semua dalam keadaan sihat, mama pun dapat cakap kejap dengan nenek, seronok sangat dengar suara mak ceria jer. Mak cakap paksu iman kat sana makan jer, maklumla makanan kat hotel tu 24 hours.hehehe.Kelakala paksu iman tu..Mak tanya ape nak beli kat iman. Sibuk mak nak carikan hadiah untuk cucu kesayangan die nie. Kalau mak dapat belikan jubah untuk iman pun comel. Tapi takut takda size jerla.

Kami kat sini tak sabar nak tunggu mak, ayah & faris pulang ke tanahair pada 6 Disember nanti. Mama, papa and iman doakan nenek, tok and paksu Faris dapat jalankan ibadah haji dengan tenang dah sempurna dan semoga mendapat Haji Mabrur. Amin..


-Sebelum berangkat ke tabung haji-


-Mama, abah, eleen & kakak pergi jumpe mak, ayah & faris kat Tabung Haji-


-Berkelah sebelum masuk untuk melapor diri pukul 9.30 malam-


-Nenek nangis masa cakap telefon dengan mama. Sedey sangat-


-Papa dengan paksu & nenek sebelum masuk-

 
-Ayah @ Tok Iman-


-Sayu sangat masa ni. Mak & Faris tak dapat tahan sedih-


-Papa peluk nenek iman. Sedihnya tgk papa nangis-

Monday, October 19, 2009

Majlis Cukur Jambul, Marhaban & Aqiqah Iman + Majlis Doa Selamat

Pada hari ahad lepas, 18 Oktober  telah diadakan Majlis Cukur Jambul, Marhaban & Aqiqah untuk anak sulung kami serta Majlis Doa Selamat untuk mertua yang akan berangkat ke Mekah pada 23 Oktober ini. Majlis ini telah diadakan di rumah mertua di Kampung Cheras Bharu, KL. Walaupun belum habis pantang, majlis cukur jambul terlebih dahulu diadakan bagi memenuhi hajat mertua yang inginkan majlis ini dilansungkan sebelum mereka berangkat ke tanah suci.

Kedua-dua keluarga bekerjasama membuat persiapan untuk majlis ini memandangkan masa agak terhad. Walaupun masih dalam pantang dan badan pun belum kuat sepenuhnya, aku juga tidak ketinggalan untuk turut sama membuat persiapan untuk majlis ini. Alhamdulillah aku mampu menyiapkan hiasan buaian untuk Iman.

Majlis dimulakan dengan bacaan yassin dan doa selamat pada pukul 11.30 pagi dan diteruskan dengan Majlis Cukur Jambul, Marhaban dan Berendoi pada pukul 12.30 tghari. Majlis berlangsung dengan penuh meriah dengan kehadiran saudara mara serta tetamu yang dianggarkan sekitar 500 orang. Majlis berakhir sekitar jam 6.30 petang.



-Buaian designed by mama specially for Iman-


-Mama and Iman dah ready for the ceremony-

 
-Theme colour blue and white-


-Iman with his baju melayu-

 
-Iman dan masuk dalam buaian-

 
-Iman dah nak kena cukur jambul-

 
-Mak Ngah and Maksu jadi pengiring Iman-

 
-Opah cukur jambul Iman-

 
-Lepas cukur jambul, kemudian majlis berendoi pulak-

 
-Majlis dah selesai, iman tukar baju sebab panas-


-Iman with Maksu, MakNgah and Pak Long-



Sunday, October 18, 2009

Detik Kelahiran Anak Sulungku...Iman

Alhamdulillah harini dah masuk hari ke 20 pantang. Sepanjang bepantang tak banyak masalah and baby pun x banyak meragam..Memang seronok sangat melayan karenah baby n tak terasa penat pun walaupun waktu tido x seperti dulu..kena bangun every 3 hours untuk menyusukan Iman.

Pengalaman melahirkan cahayamata pertama, Muhammad Syahmi Iman pada tanggal 30 September 2009 pada pukul 9.27 pagi secara ceasarian di Sunway Medical Centre, mmg pengalaman terindah yang tak dapat dilupakan.

Pada malam 29 September, selepas makan malam, seperti biasa, aku dan hubby masuk ke bilik untuk berehat, masatu lebih kurang pukul 9 malam. Sambil menonton tv, tetiba perut rasa sakit seperti sengugut..sakit datang setiap 15 minit, masatu tak teringat apepun sebab ingat sakit biasa, lagipun esok dah nak jumpe Dr Noraini..Cuba lelapkan mata, mungkin bila tertido rasa sakit pun hilang...tp tanggapanku silap, rasa sakit makin kerap, mula rasa tak sedap hati, bagitau hubby kat sebelah yg sedang tgk tv. Hubby terus keluar panggil mama, mama pun kelam kabut datang ke bilik dan tanya macamane rasa sakit, aku pun bagitaula rasa sakit datang setiap 15 minit macam senggugut tu, mama suruh tukar baju dan pergi hospital. Aku pun pergi toilet untuk buang air.tetiba nampak tompok darah kaler coklat kat panty.Bagitau kat mama, mama cakap mmg konfirm tanda nak bersalin nie..

Lepas tukar baju semua, terus hubby bawa ke hospital, dan terus dimasukkan ke labour room, nurse suruh tukar baju and buang air kecil sekali..mmg terkejut lepas buang air kecil tu darah keluar banyak menitik2..kali ni mmg betul2 darah yg kaler merah...nurse suruh baring dan terus check bukaan rahim. Nurse bagitau bukaan baru 0.5 cm and baby head pun tinggi lagi..Sebab darah dah keluar, aku terpaksa ditahan di labour room, nasib baik hubby dibenarkan menunggu di dalam labour room tu.

Nurse suruh aku tido dahulu, kemungkinan esok baru boleh bersalin bergantung pada bukaan rahim..Mama abah, kakak dan lain2 sedang tunggu kat luar. Disebabakan lambat lagi nak bersalin, aku pesan pada hubby suruh mama, abah dan yang lain balik ke rumah dahulu berehat dan datang esok pagi.

Sepanjang malam mmg tak dapat tido sebab perut makin sakit and contraction makin kerap, setiap 5 minit..Mmg tak tahan sangat..Pukul 5 pagi nurse sekali lagi check bukaan rahim, tapi bukaan rahim masih sikit dalam 1 cm. Dalam pukul 6 pagi Dr Noraini pun sampai, sekali lagi dia pun check bukaan rahim, masih dalam 1.5 - 2 cm jer. Dr bagitau bukaan rahim ku terlalu lambat dan kemungkinan petang baru boleh bersalin, air ketumban pun dan kotor sikit sebab baby dah berak. Dr nasihatkan supaya aku ceasar untuk keselamatan bayi, kalau bersalin normal mmg kena tunggu sampai petang.


Aku pun dah tak sanggup lagi nak tahan sakit nie..kalau bersalin petang sure dah takda tenaga sebab lama sangat dok tahan sakit. Hubby pun dah tak sanggup nak melihat keperitan yang ditanggung, so hubby suruh doktor proceed dengan pembedahan.

Aku dimasukkan ke dalam operation theatre pada pukul 9 pagi. Dr Wong, pakar bius sarankan supaya aku dibius separuh badan sebab lebih selamat untuk bayi. Hati ni sangat berdebar sebab baru pertama kali dibedah, nasib baik hubby dibenarkan masuk di dalam operation room..perasaan tenang sikit apabila hubby berada di sisi. Sepanjang pembedahan dilakukan aku berada dalam keadaan sedar. Aku dapat merasakan apa yang dilakukan oleh dr tetapi lsg tak rasa sakit. Aku juga dapat rasa dr menarik bayi ku keluar dari dalam perut, alangkah syahdunya apabila buat pertama kalinya aku mendengar tangisan bayi. Hubby tak dapat menahan sebak apabila melihat bayi sulung kami selamat dilahirkan. Airmataku mengalir apabila melihat wajah bayi comelku yang selama ni aku nanti2kan. Alhamdulillah semuanya selamat. Bayiku lahir dengan berat 3.53 kg dan 50.3 cm panjang.