Tuesday, August 18, 2009

Doa Selamat & 1st Annivesary Ceremony

8 August 2009,Sabtu genap usia setahun perkahwinan. Sekejap betul masa berlalu. Hadiah yang paling berharga sempena ulang tahun perkahwinan ini ialah cahayamata sulung yang bakal dilahirkan pada awal October nanti.

Sempena menyambut annivesary yang pertama, ila dah suami telah mengadakan kenduri kesyukuran dan doa selamat. Majlis diadakan pada sebelah tghari. Ramai juga jemputan yang hadir. Lebih kurang dalam 150 orang. Nasib baik makanan cater untuk 100 orang.

Pagi sebelum majlis, pergi routine checkup dengan Dr Noraini di Sunway Hospital. Alhamdulliah kandungan dalam keadaan yang baik dah berat baby pun dah mencecah 2kg. Bulat gak anak mama nie..Berat pun naik lagi 3kg skang dah mencecah 70 kg..mak aii beratnyer..jenuh nak kena kuruskan badan lepas bersalin nie..

Lepas checkup, hubby balik umah mak mertua amik kuih, mak dah order tapai n kuih koci. Sebab makanan semua order dari caterer so tak banyak nak prepare, cuma bersiap and tunggu tetamu and saudara mara sampai jer.

Tema untuk majlis kali nie purple..Semua family pakai purple arinih..Cake annivesarry pun dah tempah kaler purple. Nanti balik dari umah mak hubby g amik cake sekali.

Dalam kul 12.30 orang-orang surau and kaum-kaum ibu kastam pun tiba, dah penuh umah..Majlis dimulakan dengan bacaan yassin and doa selamat dari imam. Selepas selesai bacaan doa, tetamu dijemput makan. Menu makanan tengahari yang diorder ayam masak cili ketuk, asam pedas ikan, sotong masak cili, gado-gado, buah-buahan dan air kordial oren termasukla kuih-muih seperti kuih lapis, agar2, tapai, koci and kuih cara berlauk.

Pada sebelah petang, selepas tetamu beransur pulang, acara memotong cake annivesary dimulakan. Meriah dengan kehadiran sepupu2 kecil yang terlebih excited. Seronok sangat sambutan annivesary bukan saja disambut berdua tetapi bertiga.





Saturday, August 01, 2009

Kenduri Kendara

Harini bangun awal..siap2 beg nak balik umah mertua. Malam ni after maghrib nak balik tampin sebab nenek nak buat kenduri sambut puasa sekali dengan cukur jambul anak maksu esok. Memang jadual on weekend sebelum bulan Ramadhan nie full.

Sebelum balik umah mak, pergi shah alam kejap saje jalan2. Singgah Shah Alam Mall sebab lama tak pergi after pindah kelana jaya.Lagipun shah alam mall skang dah cantik after major renovation, kedai2 pun banyak dah baru..Tgk kat Reject Shop ada sale, masuk jap nak tgk ada ape2 yg menarik..Banyak stok baju barula..bestnyer..Baju maternity pun ada gak, cantik2 plak tu...my hubby dengan baik hati belikan 2 pasang baju untuk isteri kesayangan die nie dan juga 3 sleeping suit untuk baby..Thank u darling...love u so much.

Lepas dah puas shopping, trus bertolak ke umah mak. Harini mak ada kursus sampai petang. Tinggal ayah n faris jer kat umah. Kebetulan ada kenduri kawin kat area situ, so ape lagi ktaorg makan tghari kat situ jerla..makan freela katakan..

Lepas dah kenyang, ape lagi balik umah n titon ler sementara tunggu mak balik kursus. Malam nie nak jalan jauh..penatnyer..

Im blogging again...

Uish..dah lama betul tak berblog nie..tetiba plak rasa nak start blogging again. Itupun lepas tetiba terasa nak cari balik blog yg dah lama ditinggalkan. Lepas dah baca balik kisah-kisah silam rasa gelihati plak..Kenangan semasa zaman belajar masa tgh buat master. Kira 3 tahun yg lepas..skang sudah pun berkahwin, dah nak masuk setahun usia perkahwinan and sedang pregnant 8 bulan.




Lagi 7 hari jer nak celebrate my 1st annivesary..8 August nie. Alhamdulillah sepanjang setahun menempuh alam rumahtangga takda ape2 masalah. Rasa bersyukur kerana telah ditemukan dengan suami yg sangat baik, penyabar dan amat memahami. Lagipun kami sudah berkawan selama 7 tahun, kalau tak kenal and faham perangai masing2 mmg tak tau nak cakap apelakan..hehehe...Sekarang kami masing2 teruja menanti kelahiran anak pertama yang bakal dilahirkan pada awal october..Banyak juga persiapan untuk our first child nie....persiapan untuk baby sama hebat dengan persiapan kawin. Memang kena belanja besar jugakla nie.

Last 2 weeks shopping baby stuffs kat babyjaya uptown damansara kebetulan yg tgh buat big sale. Mama abah pun ikut sekali sebab diaorg nak sponsor stroller and babycot. Alhamdulillah save budget..thank u abah mama..Before do the shopping, i already prepared baby items checklist, to make sure takda benda yg tertinggal nanti. Banyak juga barang baby kat kedai tu n harga after sale pun mmg murah n berpatutan. Boleh dikatakan almost 80% barang baby dah beli. Cuma tinggal benda2 sampingan n juga nursing stuff jer...Itu 2nd round punyer shopping pulakla sebab dah over budget nie..According to the shop owner, they're still having sale during Merdeka..So tunggu time tu jerla..Kitakan kena berbelanja dengan bijak.