Sunday, September 27, 2009

Debaran Semakin Terasa

Bosannyer duduk rumah...Maklumla dah start cuti bersalin dan yang lain semua dah start bekerja..Nasib baik ada tok boleh jugak layan borak. Semalam pun ramai juga yang datang rumah. Plan asal mertua dan bakal mertua kakak jer nak datang beraya, tgk2 tambah lagi 3 family yang datang. Nasib baik mama masak lebih.Cukupla untuk tetamu yang datang. Penat jugakla melayan tetamu sampai ke petang, memandangkan keadaanku yang semakin sarat..

Hari rabu nie dah kena masuk wad..So buat final packing barang2 nak bawa hospital. Berdebar2 juga rasa nie.Maklumla pengalaman pertama nak bersalin..Minggu nie genapla 40 weeks kandungan nie. So nak taknak kena bersalin gak. Taknak tunggu2 lagi sebab takut risiko pada baby..Mama pun nak amik cuti hari khamis n jumaat..Hubby plak mmg dapat cuti seminggu. Seronokla sayang yer keja 2 hari jer. Harini n esok..Pastu cuti panjang balik..

Duduk kat umah nie takda ape nak buat layan blog n surfing cari maklumat pasal bersalin. At least taula serba sedikit ape nak buat waktu bersalin nanti. Kelas artenatal tak sempat nak pergi sebab terlalu sibuk. Bila nak pergi haritu org tu cakap dah lewat..Bila tanya kawan2 yang pergi kelas tu pun diaorg cakap takda ape sangat, bila dalam masa2 kecemasan semua lupa..hehehe..

Tak sangka cepat juga masa berlalu..Lepas ni mulala kehidupan baru sebagai seorang ibu..Tanggungjawab semestinya makin berat..Kena lebih rajin bekerja, amik freelance nak tambah pendapatan. Moga dengan kelahiran bayi sulung ni akan menambahkan rezeki n menceriakan lagi kehidupan kami sekeluarga..Amin.


-My twins and me yang dah sarat- 


-With beloved hubby di pagi raya..dgn mukaku yang dah bengkak- 

Thursday, September 24, 2009

7 Days To Go..

This morning pergi checkup dengan Dr Noraini. This would be my last checkup sebab next week dah nak deliver dah. My due date suppose to be on the 2nd October. Td request kat Dr nak deliver awal sehari on 1st October ikut birth date tokwan die..Itupun kalau tak beranak awal.Hehe...

Harini relax skit sebab takda sape datang umah..Semalam tghari staff mama datang beraya kat umah during lunch break..Then petang makcik sekeluarga datang dari johor bahru, kebetulan nak hantar anak die anis balik Manchester pukul 2 pagi ni.

Lepas checkup pergi jalan2 kat Sunway Pyramid dengan hubby. Nak survey hadiah untuk besday hubby on 9 October nie. Masatu dalam pantang, so i promise him nak belikan birthday prezzie awal..Ingat nak hadiahkan spec mata sebab dah lama hubby x tukar spec baru..Td tgk ada kat satu kedai tu banyak lawa2 n pelbagai jenama yang terkenal seperti Rayban, Hugo Boss, Salvatore Feragamo etc..Harga pun ok..sebab ada less 30-40%.Pilihla yang mana sayang berkenan yer. Dont think about the price..This is my special gift for you darling..Haritu masa my besday on 12 September my hubby dah hadiahkan gelang emas. Thank you sayang..Walau ape2 pun the most priceless gift is our baby dear..Love u so much..

Friday, September 18, 2009

Raya Preparation

Tinggal sehari lagi jer nak raya..uish cepatnye..mmg tak terasa bulan ramadhan tahun nie..cepat betul masa berlalu. Rasa macam semua persiapan raya dah buat..Lagipun tahun ni raya tak ke mane2 pun sebab Dr Noraini awal2 lagi dah warning raya tahun nie jangan pergi outstation mane2...hehehe..

Untuk raya tahun nie persiapan dibuat ala kadar jer tetapi persiapan dari segi juadah raya mmg happening. Mama cakap ramai kawan2 die nak datang raya nie..Sebab ramai yang tak balik kampung sebab anak2 nak periksa..Harini mama dah start cuti, pagi2 dah kuar pergi pasar beli ayam, daging, dan barang2 nak masak. Harini aku seperti biasa nak siapkan lagi satu jenis kuih raya..biskut cornflakes. Nasib baik biskut ni senang nak buat..dalam masa 2 jam dah siap 2 balang.

Kek marble buat besok la..sebab takut x tahan lama buat awal2..Lagipun besok kakak pun ada..So seronokla skit..Rumah kak arti dah kemas awal2..Langsir, bedsheet setiap bilik semua kak arti dah tukar..Kire rumah semua dah siap kemas..

Bestnyer azli msg gaji dah masuk..hehehe..blehla kuarkan duit untuk siapkan duit raya untuk diberi pada keluarga dan kanak2..Tahun nie kena budget skitla duit raya nak bagi kat budak2 sebab nak kena save untuk baby yang bakal lahir nie..

Seronoknyer harini my hubby keja half day jer.Bos die baik hati bagi staff balik awal..Oklah nak trun bawah tolong mama masak makanan berbuka. Harini mama masak thai food..yum yum my favorite..Menu untuk buka puasa harini..Tomyam kung, Kerabu mangga, Daging merah, Telur bungkus, Ikan siakap 3 rasa and Sizzling Japanese Tauhu..fuh meleleh..

Abah request suh buat 'Ais Gegar' plak...ok nanti adik buat untuk abah yer..Nanti sambung balikla..Nak update photo biskut cornflakes..hehehe..Chow...

Thursday, September 17, 2009

My Homemade Raya Cookies 2009


-Biskut Badam-


-Biskut Kelapa-


-Biskut Almond London-


-Biskut Tart Nyonya-


-Biskut Irish-


-Biskut Dahlia- 



-Biskut Aiskrim- 

 
-Biskut Cornflakes- 

3 Hari Nan Indah Ku Berehat Di Rumah

Hari Selasa balik keja lambat..Masa odw balik rasa macam tak sedap badan. Mata mula rasa silau dah berpinar2. I know its not a good sign, sebab macam nak kena migrain jer. Mula2 tu diam jer dah cuba lelapkan mata sementara akak driving meredah jem di jalan..Masa sampai umah tu mmg hubby dan yg lain dah siap tunggu di meja makan. Sampai umah jer trus berbuka dengan yang lain, tp x cakap pun sakit kepala..Lepas makan trus naik atas, mandi, solat maghrib dan terus baring. Kepala makin sakit, then hubby tanya baru cakap perkara yang sebenar..Tak lama lepas tu rasa nak muntah trus bekejar ke bilik air..keluarla segala yang dijamah tadi..Arrgg..lemahnyer rasa badan. Mmg sahla kena migrain nie..Mama, tok datang tolong picitkan kepala..tp tak jalan..biasanya kalau migrain ni takda ubatnya..cuma kena makan panadol dan tido dalam bilik yang gelap dan sunyi..

Hubby bagi makan ubat, then die tutup semua lampu dan tv n tunggu sampai aku terlelap sebelum g terawikh..Then tak lama selepas tu pun terlelap, sedar2 dah pukul 4.30 pagi..Tgk luar bilik bau harum semerbak, kak arti maid ku yg rajin sedang siapkan makanan sahur..

Esok pagi, pergi jumpe Dr Noraini untuk check up. Dr check blood pressure and baby punyer condition. Alhamdulillah takda ape..cuma pelik sebab sepanjang pregnant nie dah lama tak kena migrain, akhir2 nie pulak migrain ni datang..maybe salah satu sign yg baby mama ni nak kuar dah kut..hehehe..Dr suh datang checkup on 24 september, lepas raya then last checkup 1st Oct. Masa checkup on 1st Oct tu dr cakap nak seluk, nak check pintu rahim..maybe kena induce kalau x bersalin2 gak..Ish harap2la bersalin awal daripada 1st Oct..

Dr advice suh rehat kat umah n siap bagi mc sampai hari jumaat..trus cuti raya la macamnie..Seronoknyer boleh buat kuih raya lagi...Hehehe dr bagi mc suh rehat tp buat kuih raya plak..Semangat nak rayala katakan..Mmg suka kalau tgk kuih raya penuh meja.

Termasuk harini dah siap buat 8 jenis kuih raya.Antaranya ialah:-
a) Jem Tart
b) Biskut Dahlia
c) Biskut Aiskrim
d) Biskut Irish
e) Almond London
f) Biskut Kelapa
g) Biskut Badam
h) Sarang Semut

Tgkla besok nak buat biskut cornflakes n 3 biji kek marble.Eleen pun cuti blehla tolong. Esok sure kak arti kena tolong mama siap2 kan barang lain..Nak rehat kejapla..baru lepas habis buat biskut almond london tadi..

Lagi 2 hari jer nak raya..nampak gayanya pakai baju raya dengan perut memboyot nie la..ala x bleh bergayala raya kali nie sebab dah out of shape..sarat sangat dah nie..hehehe..Takpe kena makan puas2 sebelum pantang..

Monday, September 14, 2009

MC..Taking or not Taking?

Kaki dah bengkak sangat nie..Mama, abah, tok and hubby dah bising suruh amik mc rehat kat umah. Kalau dok umah pun bukan leh dok diam..Mesti keja nak buat kuih jer nanti. Dalam otak nie dah ada plan nak buat lagi 3-4 jenis kuih, sebab resepi semua dah siap amik dalam internet. Seronok bila buat kuih menjadi jer tambah plak bila dapat pujian dari hubby tersayang n family yang lain. Barang2 nak buat kuih pun ada lagik..Hehehe...Ntah2 anak mama nie esok pandai masak, nanti anak mama nie mama anta jadi chef jerla..boleh bukak cafe and bakery nanti.

Tgkla esok pagi pergi jumpe Dr Noraini. Die pun tanya haritu bila nak start cuti..Die siap nak bagi mc..Hehehe.Baik betul Dr Noraini nie..Dahla mc ada lagi 7 hari..perabiskan jerla..kire esok start cuti sampai raya, then sambung maternity leave..Waa cuti panjang nie..So harini kenala bertungkus lumus siapkan keja2 dan handover keja2 yg tak complete lagi kat azli and fadzril my team mate..Sian korang kena sambung buat keja ila..Takpe nanti ila belanja makan k..

Tak sabar nak tunggu kul 5.30 petang. Harap2 bolehla balik awal. Kakak pun bz dengan keja die sebab programmer India tu balik bercuti 3 minggu. Kesian akak kena buat keja sorang2 sementara die takda nie..Dahla banyak request dari team2 lain. Mmg pening. Takpe akak sabar jer ek.. Nanti kalau dah tak larat, kita cari keja lain plak ek. Memang keja kat MIMOS ni tough and keja tersangatla banyak.

Bilala sayang mama nie nak kuar ek..Mama tak sabar nak tgk wajah sayang..Bukan saja mama and papa, semua org kat umah tu mmg tertunggu2. Kalau sayang kuar awal boleh sambut hari raya sama2. Tapi mama tak merasala nak makan rendang, ketupat, lemang, nasi impit, kuah kacang and kuih raya yang mama buat tu sebab kena pantang. Tak kisahla tgk wajah sayang mama nie dah buat mama kenyang..Anak mama nie ikut muka mama ke papa ek?



Sunday, September 13, 2009

Baby Blues

Badan rasa semacam jer nie..rasa x larat nak keja. Bahagian bawah badan dah lenguh2 n rasa x selesa. Kaki pun dah kembang semacam jer. Hari Sabtu lepas g routine checkup dengan Dr Noraini. Dr Noraini cakap nape baby taknak kuar lagi nie. Sepatutnyer die dah kuar ni sebab tgk size kepala die pun x besar sangat kalau ikutkan dengan ketinggian mama baby macam cepat keluar jer..Takpela nak buat macamane, maybe baby suka dok dekat mama die kut..leh ikut mama die g mane2 jer. Berat mama tak naik plak bila timbang kali nie. Baby jer semakin membesar dah 3.1 kg. Hehe alhamdulillah anak mama nie sihat.. Dr cakap kepala baby dah kat tgh cuma die x masuk lagi kat pelvis. Dr suh jalan banyak2 bagi die cepat kuar.Padahal kat ofis mmg mama rajin naik turun tangga, kat umah pun naik turun tangga n takleh dok diam.

Dalam sarat2 nie pun mama ligat buat kuih raya..dah 5 jenis buat..tp takpe ada banyak assistant..tugas mama membancuh2 jer..yg lain2 tu maid yg uruskan. Hari ahad tu nak g berbuka umah mertua. So bangun awal pagi buat kuih dulu. Then tok masak pajeri n ikan belah belakang nak kirim kat my in law..So pukul 5 bertolak g umah mertua.

Harini semua adik beradik balik berbuka sama2..Along & family, Firdaus pun balik gak walaupun sibuk dengan operasi. Anak buah bagi kad raya..Tapi dalam kad raya mention nama mak ngah jer..nama pak ngah takda pun..Sian pak ngah..mmg pilih kasihla korang nie..Anyway thanks nana & ajit for the wonderful raya card. Sayang mak ngah kat korang.

Maklumla mak mertua bisnes kuih raya..So semalam pun bz distribute kuih2 raya nak antar kat customer..Kire tinggal nak buat skit lagi jer kek lapis..Sian mak kali ni ila x dapat nak tolong sangat sebab x larat. Mak pun x amik banyak sangat order.Sebab x larat nak g haji kan tahun ni. So buat untuk regular customer jer.

Lepas terawikh dalam pukul 10 lebih bertolak balik sebab esok nak keja..Malasnyer nak g keja esok..Dah takda mood nie. Maklumla 'Baby Blues'. Kepala nie pk pasal baby jer..Nak concerntrate buat keja pun dah takleh sangat. Nanti rasa macam dah x larat nak mintak mc kat Dr la..Lagipun mc ada lagi 7 hari..Apelagi habiskan jerla.Hahaha..

Thursday, September 03, 2009

9 Months of Pregnancy

My pregnancy is already 37 weeks..kalau ikut due date dr lagi 3 weeks dah boleh beranak. Takpun anytime jer nie. Barang2 baby semua dah siap beli and semua kelengkapan nak dibawa ke hospital pun dah siap packing, one for mama and one for baby.

Penuh jugakla 2-2 beg tu,macam2 bawak macam nak tinggal sebulan jer kat hospital..Tadi pergi routine check up dengan Dr Noraini kat Sunway Hospital. Masa checkup 2 minggu lepas berat baby dah cecah 2.4 kg. Skang berat baby dah pun 2.9kg..alhamdulillah sihat anak mama nie..mama pun sihat gak..berat dah cecah 73 kg. Dr cakap baby comel jer..kepala baby pun x besar so senang n cepat beranak nie..Mengikut kata Dr kalau beranak next week mmg elok sebab baby tak berapa matang sangat, just nice for delivery. Harap2 minggu depan dah boleh beranak..itupun kalau baby ni nak kuarla..hehe..So starting from next week checkup dgn dr once a week..Next week Dr cakap nak amik darah n bagi surat. Surat ape x tanya pulak Dr td. Sebab tetiba rasa berdebar plak bila Dr terangkan pasal tanda2 nak bersalin dan ape nak buat nanti and biler perlu datang ke hospital. Hubby pun dah siap tanya range harga kalau deliver normal and caesarian. Hubby cakap nak amik bilik single. Itupun kena tgk pada kekosongan..Ala x kisahla ikut mane yg ada..sebab 2 hari je pun kat hospital.

Sementara menunggu detik kelahiran, i and hubby dah pun siap hias baby cot and rasanya semua barang kelengkapan baby dah ada, stroller, baby drawer, nursing stuffs and etc. Air selusuh pun pakcik dah buatkan..Bidan urut pun my in law dah booking, tungku pula tok bawak dari kampung. Preparation nak bersalin pun macam2 nak kena buat or sebab ini cucu and cicit yg first, so perhatian and preparation lebih skitla..Nama baby pun dah ada.

-Baby Cot (Tempat Puteraku Beradu)-

-Diapers Stack, Organizer and Stroller-

-Baby Carrier-

-Baby Stuffs, Nursing Stuffs, Baby Drawer-