Wednesday, November 04, 2009

My Twin Sister's Wedding Preparation

Tinggal beberapa hari jer majlis perkahwinan kakak. Setakat nie semua persiapan rasanya dah hampir siap. Doorgift, hantaran, bunga pahar semuanya ditempah. Cuma doorgift untuk VVIP dan VIP jer decorate sendiri, lagipun tak banyak dalam 14 VVIP dan 200 VIP. Semua doorgift tu dah pun siap sebelum bersalin haritu. Kad kahwin pun dah habis distribute. Photographer and videographer pun dah confirm. Decoration pelamin di rumah dan dewan pun dah confirm. Bagi majlis akad nikah dan berinai di rumah, kakak menggunakan khidmat En Izzuddin from Precious Moments untuk menghias pelamin di rumah, tangga, bilik pengantin dan meja makan beradap. Manakala untuk majlis persandingan di dewan menggunakan khidmat wedding planner terkenal Pak Engku dari Kuzie Katering. Actually both of them are my wedding planner for my wedding last year. Memang senang working with them sebab khidmat yang diberikan sungguh memuaskan hati dan senang dibawa berbincang. For her wedding gown pula, akak amik dari Butik Syahirah dan yang makeupkan akak pula Awin dari Seindah Wajah.


-My twin sister and her fiance masa majlis merisik-

Baju untuk dipakai masa majlis perkahwinan akak baru jer pergi tempah sabtu lepas walaupun masih dalam pantang. Nak buat macamanekan dah terpaksa takut nanti tak sempat nak siap kalau tunggu sampai habis pantang lagi 7 hari. Lagipun bukan sepasang dua baju nak tempah, ni sampai 5 pasang. Mama kempunan nak bergaya nie sebab maklumla dah lama x pasang badan. Apepun mama kena make sure berat badan mama nie trun skit lagi. Lepas habis pantang nak kena g cari tudung and kasut yang matching dengan baju. Papa and iman pun dah siap tempah 3 pasang baju melayu.Tak sabar nak habis pantang nak g shopping beli baju n kasut baru untuk Iman.

Harini rasa mengantuk plak, sebab semalam x berapa bleh nak tido sebab risau hubby demam. Sekejap2 terjaga untuk check temperature hubby tinggi lagi ke tak. Alhamdulillahla rasa badan hubby berpeluh bila makan ubat after dinner semalam. Ingatkan hubby nak amik mc arinih, tp hubby kata die ada banyak keja kat office, lagipun demam pun dah kebah.Tadi baru call hubby to check on his condition, hubby cakap demam die dah ok n tak jadi nak amik half day. Lega rasanya hubby dah sihat.

So mama nak qada tido balik nie. Iman pun tgh tido tu. Susu pun dah standby dalam warmer. Kalau siren Iman berbunyi takdala mama kelam kabut nanti..:)


-Iman suka tido atas rocker yang ada vibrator ni sebab macam duduk atas massage chair-

1 Comments:

Blogger Viral Malaysia said...

Sayang dier, bangun malam check tempreture papa, hehehehe, thanks sayang... dah ok dah demam ni. Comel gambar iman tu, geram je nak cium pipi dier tu... heheheh... geram tgk muka selamba iman...

8:27 PM  

Post a Comment

<< Home