Tuesday, October 27, 2009

Amalan Ketika Berpantang

Sudah masuk hari ke-28 berpantang. Semalam dah start berurut dan continue lagi harini dah esok. Baru rasa ringan badan ni selepas berurut. Sakit belakang pun dah kurang.

Harini order bengkung moden yang sesuai untuk wanita yang bersalin secara ceasarian, termasuk gel sireh slim dan tungku moden. Barang2 ni  purchase through online jer daripada website http://www.bengkungmoden.com/ dan akan dihantar melalui poslaju.

Rasanya esok boleh sampai sebab orang yang jual nie kat Shah Alam jer. Sebelum ni hanya pakai bengkung Avon yang paksu bagi, tp rasa tak berapa selesa sangat sebab bengkug ni keras and pendek, bila duduk tu risau terkena kat kawasan jahitan tu.

Lepas baca testimonial dari orang ramai yang menggunakan bengkung moden nie, barula rasa konfiden nak beli, lagipun memang tgh cari bengkung yang sesuai, kalau boleh taknak pakai yang ikat2 tu sebab nampak rumit dan menyusahkan jer. Bengkung moden ni ada 2 saiz,  4 panel (labuh sampai ke punggung) dan 3 panel (pendek skit, atas punggung). Better amik yang 4 panel sebab kalau nak pendekkan jadi 3 panel hanya lipat jer bahagian atas. Hopefully lepas pakai bengkung nie,dan disapu pulak dengan gel sireh slim dapatla kurangkan lemak2 dan selulit yang ada ni, so I can get back to my original shape before wedding akak december nanti. Cuba bayangkan saiz pinggang dulu 25-26 inci, lepas beranak ni dah jadi 28 inci. Harga bagi set nie RM238 (Bengkung  4 panel size S + Gel sireh slim).





Tungku moden ini pula hanya pakai elektrik untuk dipanaskan, memang mudahkan jika nak dibandingkan dengan tungku traditional yang kena dipanaskan atas dapur. Yang menariknya tungku ni ada banyak corak dan harganya hanya RM85 selepas diskaun. Harga asal tungku ni RM120. Memang berbaloikan.




Disamping tu amalan memakan jamu set bersalin Nyonya Mener, Healin Gamat dan minum Pati Ikan Haruan Polleney turut dipraktikkan. Hopefully dengan mengamalkan pantang secara teratur badan ni akan kembali slim, cergas dan bertenaga semula seperti anak dara.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home